TAJUK 1 :- ANGKA DAN BILANGAN
Bagi tajuk nombor & bilangan ini, pelajar selalu membuat kesilapan apabila soalan meminta pelajar menukar nombor kepada perkataan atau perkataan kepada nombor. Mereka sering keliru dan terbalik ketika memberi jawapan. Jadi, saya telah mencipta satu kaedah pengajaran berbentuk permainan yang di sebut sebagai " 2 kepala keretapi dengan tiga gerabak ". Kaedah ini sangat berkesan diaplikasikan kepada pelajar yang agak lemah menguasai tajuk ini.
Bagi tajuk nombor & bilangan ini, pelajar selalu membuat kesilapan apabila soalan meminta pelajar menukar nombor kepada perkataan atau perkataan kepada nombor. Mereka sering keliru dan terbalik ketika memberi jawapan. Jadi, saya telah mencipta satu kaedah pengajaran berbentuk permainan yang di sebut sebagai " 2 kepala keretapi dengan tiga gerabak ". Kaedah ini sangat berkesan diaplikasikan kepada pelajar yang agak lemah menguasai tajuk ini.
Mari kita sama-sama lihat bagaimana kaedah permainan ini di gunakan :
![]() |
Penggunaan warna yang berbeza-beza pada kotak dapat menentukan kedudukan nombor @ perkataan dengan tepat SELAMAT MENCUBA.. BAHASA ARAB TAHUN ENAM |
TAJUK 2 :- TASRIF FEEL MADHI
Nak suruh anak murid menghafaz mudah. Tapi untuk jadi ingatan yang lama agak susah. Bagi tajuk tasrif ni memang agak memakan masa yang lama untuk mereka menghafaz. Sedangkan dalam silibus, tajuk ini hanya diajar dalam tempoh 2 hingga 3 minggu. Dilema kan...nak kejar silibus ke nak ikut rentak murid yang pelbagai kemahiran berfikirnya. Apa pun, apa kata kita cuba pendekatan NASYID/LAGU untuk melancarkan hafalan dan ingatan supaya murid akan ingat sampai bila2. Siapa tak suka muzik.....Selamat mencuba
TAJUK 3 :- MUBTADAK WAL KHOBAR
Tajuk ini ada kaitan dengan subjek bahasa melayu. Guru boleh buat perkaitan dengan contoh ayat yang dimulai dengan subjek ( mubtadak ) dan diikuti dengan prediket ( khobar ).
contoh :-
Pelajar itu rajin
pelajar : subjek
itu rajin : prediket
الضمائر ertinya kata ganti nama. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
TAJUK 5 :- HURUF 'ATOFF

TAJUK 5 :- HURUF 'ATOFF

Huruf' 'atoff ialah....huruf atau perkataan yang digunakan di dalam ayat bertujuan untuk menyambung ayat dengan satu ayat yang lain. Terdapat tiga jenis huruf 'atoff ( rujuk rajah di atas ).
الواو ertinya dan
الفاء ertinya maka
ثم ertinya kemudian
TAJUK 6 :- NAMA - NAMA SERANGGA
KISAH LABAH-LABAH
Lihatlah betapa Agungnya tanda-tanda kebesaran Allah swt. Sejenis spesis ribuan tahun. Unik... kompleks dan penuh berseni. Moyang labah-labah ini pernah menyelamatkan 2 manusia kekasih Tuhan di Gua Hira' ribuan tahun dahulu. Muhammad bin Abdullah saw. dan Abu Bakr as SiddiQ semasa dikejar oleh malaun-malaun kaum Quraisy yang takut kuasa politik ditangan mereka hilang apabila datangnya Utusan Allah. Sejenis makhluk ciptaan Allah swt yang sungguh besar jasanya dimana kerana khidmat Tuan Haji Spider inilah maka Islam dapat berkembang dimuka bumi. Pernah anda terfikir? Mr. Spider hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang telah diperintahkan -NYA. Misinya "Selamatkan Rasulullah!" and then mission accomplished....
BOLAH GUNAKAN KISAH INI SEBAGAI SET INDUKSI.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan