Sangat logik bila seorang pakar motivasi mengatakan..." ustazah tak perlukan jampi @ susah-susah terjerit pada anak murid. Cuma, korban lima minit suruh anak murid........ " Anak murid ustazah,....tegak kan kepala semua...ustazah nak mengajar ni...".Dan pasti diamalkan mulai sekarang, mudah-mudahan tiga jam ustaz/ah mengajar penuh dengan santai. Kenapa perlu ditegakkan kepala? Kerana di sanalah terletak punca segala kehebatan manusia. Teringat masa belajar Dinamika Guru dengan Cik Hardiana....otak manusia ada dua bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri. Maka, guru perlu memastikan kedudukan kepala murid sentiasa tegak sewaktu belajar. Logik ini ditunjukkan dengan bukti. Di mana, kita boleh bezakan murid MUMTAZ dengan murid JAYYID...MAQBUL hanya melalui kepala. Murid mumtaz kepalanya sentiasa tegak. Kalau murid yang kepala tak duduk diam tu....faham-faham la. Tapi, belum terlambat, kita sebagai guru mampu membentuk peribadi pelajar yang lemah kepada lebih baik hanya dengan usaha yang simple ini. Tambahan PSRA/UPSR dah dekat sesangat. Selamat berkongsi ilmu dan selamat mencube...
 |
WAJAH-WAJAH MUMTAZAH |
 |
RIAK MUMTAZ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan