Khamis, 15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434 h....

Masih banyak ruang dan peluang Allah berikan kepada kita untuk terus berjuang mendapatkan sesuatu. Mungkin hari ini kita sedikit kecewa kerana apa yang kita harapkan tidak kesampaian. Namun, bila kekecewaan itu kita sandarkan dengan meredhoi kehendakNya, baru ada rasa hikmah disebalik apa yang berlaku.
Koreksi diri dan kemasi peribadi dengan perkara yang lebih baik agar kita semua menjadi yang terbaik daripada yang terbaik. Mudah-mudahan setahun kehadapan ini diberkati dengan limpah rahmat serta kasih sayang dariNya.

TERUSKAN PERJUANGAN MENCIPTA KEJAYAAN.....

Khamis, 16 Ogos 2012

Isnin, 13 Ogos 2012

HIMPUNAN KISAH TELADAN

Al-Quran sebagai pembela: 

 Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Selasa, 7 Ogos 2012

MULAKAN SESI PnP DENGAN BACAAN DOA
Setiap muslim itu bersaudara. Kemuliaan agama Islam itu menyatukan kita semua, walau pun ada perbezaan rupa, bangsa, pangkat, darjat, warna kulit di antara kita...lupakan. Ayuh kita sama bahu membahu dalam menyampaikan dakwah walaupun usaha kita itu sedikit cuma dan tidak langsung dinilai kebanyakan manusia. Namun dengan berkat persaudaraan seagama ini keagungan ad-dinn itu dapat digemakan di bumi Allah ini. InsyaAllah....Aminnnn

PERCUBAAN PSRA 2012

Hari ini dalam sejarah...
Buat semua calon PSRA 2012 di SRA Sungai Udang, semoga dapat buat yang sehabis baik. Di sini merupakan fasa untuk menilai kembali semua ilmu yang telah dipelajari hampir enam tahun di sekolah agama. 

Isnin, 6 Ogos 2012

KUASAI BAHASA SYURGA


Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur’an yang dibaca dengan Bahasa ‘Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”                           
(Surah Yusuf: 2)

Imam Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebut
Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.”


Ahad, 5 Ogos 2012

Ukhuwwah Kerana MU...


" BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH "
SAHABAT SEPERJUANGAN DI PI 2
KENANGAN TERINDAH DI PULAU CAREY
" HATI AKAN MENJADI TENANG DENGAN MENGINGATI ALLAH "

Ahad, 29 Julai 2012


" sebaik-baaik manusia ialah, mereka yang belajar dan mengajar al-quran "

Isnin, 16 Julai 2012

Kata-kata HUKAMAK

SAHABAT YANG MENUNJUKKAN KEBAIKAN KEPADA KAMU

ADALAH SAHABAT YANG BAIK

DAN SAHABAT YANG MENUNJUKKAN KESALAHAN KAMU

ADALAH SAHABAT YANG PALING BAIK....

Tunjukkan saya jika salah.....

Khamis, 12 Julai 2012

TEGAKKAN KEPALA


          Sangat logik bila seorang pakar motivasi mengatakan..." ustazah tak perlukan jampi @ susah-susah terjerit pada anak murid. Cuma, korban lima minit suruh anak murid........ " Anak murid ustazah,....tegak kan kepala semua...ustazah nak mengajar ni...".Dan pasti diamalkan mulai sekarang, mudah-mudahan tiga jam ustaz/ah mengajar penuh dengan santai. Kenapa perlu ditegakkan kepala? Kerana di sanalah terletak punca segala kehebatan manusia. Teringat masa belajar Dinamika Guru dengan Cik Hardiana....otak manusia ada dua bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri. Maka, guru perlu memastikan kedudukan kepala murid sentiasa tegak sewaktu belajar. Logik ini ditunjukkan dengan bukti. Di mana, kita boleh bezakan murid  MUMTAZ dengan murid JAYYID...MAQBUL hanya melalui kepala. Murid mumtaz kepalanya sentiasa tegak. Kalau murid yang kepala tak duduk diam tu....faham-faham la. Tapi, belum terlambat, kita sebagai guru mampu membentuk peribadi pelajar yang lemah kepada lebih baik hanya dengan usaha yang simple ini. Tambahan PSRA/UPSR dah dekat sesangat. Selamat berkongsi ilmu dan selamat mencube...
WAJAH-WAJAH MUMTAZAH

RIAK MUMTAZ

Ahad, 8 Julai 2012

DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG MUKMIN..

Sebagai hamba Allah yang beriman, kita semua mesti yakin akan kekuasaan Allah terhadap sesuatu. Mintalah padaNya, pasti akan diperkenankan. Yang penting.....YAQINNN. Namun ramai yang salah konsep dengan maksud doa tersebut. Setiap doa harus diiringi bersama usaha serta tawakal barulah apa yang dipohon itu akan dimakbulkan oleh Allah. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

" minta lah pada ku nescaya Aku perkenankan "

Khamis, 5 Julai 2012

SEKONYONG - KONYONG....
Bila En. Ahmad Firdaus Shater ( lecture tutorial&kuliah subjek Teknologi Pendidikan ) memberi assigment untuk sem 5 ni....perasaan pertama yang datang...ALAMAK!!!!.. buat BLOG?! Ape tu Blog Pengajaran? Boleh sape2 tolong saya. Sebab memang saya tak pandai langsung dalam bab ni. Semua tu meraung dalam hati je la. First sekali, kawan sekuliah bagi tahu kena buka akaun gmail. So, buka la....dah buka, blurrrrrr je. Mintak tolong pulak kawan satu sekolah mengajar. Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan ye..Maka tercipta la blog ni. Terima kasih pada yang sudi membantu. Kata orang, sesat jalan kalau malu bertanya. Moral of the story...lagi banyak kita belajar sebenarnya, lagi banyak yang kita tak tahu. Jadi, jangan malu untuk mengaku yang kita tak tahu. Sebab memang saya tak tahu pun....

Rabu, 4 Julai 2012

HAFAZ @ FAHAM


Untuk memastikan sesuatu pelajaran yang disampaikan itu menjadi ilmu, adalah bagaimana seseorang penerima ilmu itu memahami akan ilmu tersebut. Wahai pencinta ilmu sekalian :- menurut teknik imam az-zarnuji dalam karangan kitabnya yang bertajuk تعلم و متعلم, beliau menegaskan bahawa FAHAM kanlah sesuatu perkara itu, insyaAllah ia akan mudah hadir dalam hati dan kekal di sana sebagai satu ILMU. 
Sebagai contoh :- Guru meminta pelajarnya menghafaz 5 nama serangga dalam bahasa arab. Maka, guru itu perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk pelajarnya dapat mengingati. Apakah cara yang sesuai? Hafaz semata-mata tanpa memahami ertinya atau hafaz serta memahami kemahuan maksud kalimah tersebut? Maka, HAFAZ dan FAHAM itu datangnya bersama. Perlu seiring.Jangan sesekali hafaz tapi tak faham. Rugi....

AYUH SEMUA HAFAZ & FAHAM NAMA SERANGGA INI...
  1. كالا جغكيغ :   عقرب
  2. لابه2 : عنكبوت
  3. لبه :    نحل
  4. ليفس :  صرصور
  5. راما2 :  فراشة

BAHASA ARAB YANG MENCABAR...



Mengajar subjek arab ni mencabar sungguh. Baik guru mahu pun murid. Dua-dua tercabar. Guru ini, yang belum cukup ilmu pedagoginya diberi cabaran untuk mengajar subjek arab, tercari-cari formuler yang sesuai dengan ketinggian SUHU murid yang sentiasa berubah-rubah. Kadang-kadang rasa nak demam dek terlampau panas. Adakalanya menggigil kesejukan kerana tahap suhunya menurun secara mendadak. Itu lah cabaran. Memetik kata-kata seorang pakar motivasi, " MANUSIA YANG HEBAT ITU, MENJADIKAN MASALAH ITU SEBAGAI PELUANG UNTUK MENCIPTA SEBUAH KEJAYAAN ". Maka, gunalah peluang itu selagi ianya masih menjadi peluang untuk kita buktikan sesuatu.